dulu, masa masih remaja, saya cukup tak suka nak pergi kenduri atau jumpa saudara-mara. mungkin sebab masa tu saya masih remaja jadi, pemikiran belum matang dan sel-sel otak masih berhubung. sekarang bila dah menginjak dewasa ni, jadi suka pula nak berkumpul dengan saudara-mara lain. walaupun ada yang kita tak berapa suka disebabkan mulutnya, saya sedar yang kita boleh je buat tak tahu. dia pun dah tua, memang ikut pe'el dia jelah. kita yang muda ni nanti dah capai umur sebegitu jangan ikut perangai macam itu. itu jelah yang saya bagitau diri sendiri sekarang. enjoy je. luangkan masa dengan sepupu sepapat yang lain. bagi memori untuk anak-anak kecil yang nanti bakal menggantikan kita pula.
satu benda yang saya suka bila bersembang dengan orang yang lebih tua ni ialah, saya dapat sedikit sebanyak gambaran orang tua dahulu yang saya tak sempat berjumpa. contohnya, tok perempuan saya dari belah ayah. dia meninggal beberapa tahun sebelum saya lahir jadi, memang tak sempat membesar dengan dia. saya hanya mampu dengar kakak abang dan sepupu saya cerita pasal tok perempuan saya ni dulu jenis yang macam mana. kalau sebagai seorang mak, saya dengar cerita daripada ayah takpun maklong saya. mak saya pula kalau saya nak dengar pandangan daripada seorang menantu. apa yang saya boleh simpulkan, arwah seorang yang sememangnya tegas. begitu juga dengan atok lelaki belah mak. juga tegas orangnya. atok lelaki juga pergi dulu sebelum saya lahir.
selain daripada sifat mereka, saya juga belajar tentang salasilah keluarga. agak memeningkan sebab saya sendiri tak berapa kenal. kebanyakan dah meninggal sebelum saya lahir dan ada yang saya tak ingat dah rupa macam mana sebab kali terakhir berjumpa, saya pun masih kecil. tapi apa yang saya tahu, belah ayah saya ada keturunan banjar (tok perempuan). manakala belah mak saya, ada keturunan bugis campur siam (tok lelaki) dan aceh campur india (opah). cerita tentang salasilah ni dia jadi memeningkan juga bukan hanya setakat sebab tak kenal orang tu, tapi sebab orang dulu banyak yang kahwin dua lah, tak pun kahwin baru sebab pasangan dah meninggal. itu yang jadi pening sikit.
apapun, seronok dengar. kita yang tak ada kenangan dengan orang tu, dapat la lepaskan rindu walaupun tak pernah berjumpa. kalau tak, selalu dapat tengok dalam gambar-gambar lama je.
Cuya pon selalu tanya pada ibu tentang arwah aki ( atuk) sebab tak sempat jumpa.
ReplyDeleteBetullah orang dulu kahwin banyak sampai kita confuse dengan salasilah keluarga.
Dahlah keluarga besar. Lpastu bila ibu bercerita lopong mulut kita dengr hahahah
itulah kan. mesti best kalau dapat tengok gambaran salasilah keluarga tu. memang habiskan masa tengok tu saja kalau saya hehe
DeleteSalasilah keluarga yang sampai 3rd / 4th generation tu yg susah nak faham. paling tidak, kita dengar dan angguk je bila diaorang bercerita
ReplyDeletebetul tu, jadi lost track bila dengar dorang bercerita. tapi best sebab dapat imagine orangnya macam mana
DeleteCie dari remaja sampai dah tua ni terbawak2 perangai susah nak pergi kenduri orang. Kecuali saudara terdekat sangat & mereka bersungguh ajak. Introvert memang susah nak bermasyarakat.
ReplyDeletesama!! kalau saudara terdekat ni memang gagahkan diri pergi juga. sekadar tunjuk muka. kita nak bersembang boleh je, tapi lama-lama rasa penat. tu yang banyak diam je. nasib sedara mara semua jenis petah bercakap. kita tinggal tadah je telinga xD yang mana pandai bercakap tu memang buat kita pun jadi seronok mendengar
Delete