17 May 2026

23 tahun dengan impian yang tak semenggah

tak sangka bulan mei ni berlalu dengan agak cepat, padahal bulan april haritu kemain lambat betul. ni tengok-tengok dah masuk 17 hari bulan dah. rupanya dah dua minggu jugak la tak update blog. saya pun bukanlah yang sejenis yang rajin nak update. rasa nak update, tulis. kalau tak, memang terbiar saja sampai berhabuk. lagipun sekarang macam agak sibuk sikit. alhamdulillah rezeki. sambil tu tengah cari kerja yang gajinya lebih baik daripada sekarang. orang kata, gaji yang bermaruah gitu. yang sekarang ni tak lah teruk, itupun sebab saya masih duduk dengan mak dan ayah. semuanya masih disediakan dari segi makan minum dan tempat tinggal. jadi tak perlu kusut fikirkan nak bayar sewa dan bayar parking, bak kata abang saya. 

memang saya pun setuju dengan kata-katanya. cuma saya rasa, kalau saya teruskan berada dalam zon selesa macam ni dan sentiasa bergantung pada pertolongan mak ayah, saya takut nanti susah sangat untuk saya nak adapt. tambah lagi kalau suatu hari nanti mereka dah tak ada. yelah, dah hidup senang macam orang mengantuk disorongkan bantal, tiba-tiba nak kena hadap hidup susah. 

lagipun, saya rasa segan sangat. umur dah cecah 23 tahun tapi masih mengharapkan duit mak ayah. abang kakak pun masih belanja saya makan. saya pun nak merasa belanja keluarga saya makan. sekali sekala, nak juga bagi hadiah dekat dorang terutamanya mak ayah saya. 

tapi tulah, masih belum boleh tercapai sebab gaji sekarang memang cukup makan saja. itu yang saya apply kerja lain juga. mostly, lokasi mereka di sebelah selatan malaysia.

setakat ni, dah interview beberapa pekerjaan. beberapa pekerjaan tu termasuklah kerja yang berikan gaji basic untuk orang yang ada spm iaitu rm1700. tapi yang untuk kerja offer gaji basic ni saya asalnya apply untuk berdekatan rumah je. tapi tengok-tengok dorang bagi kat saya yang belah penang sana. memang tak mungkin la saya mampu. bilik sewa dekat sana nak bayar dengan gaji basic macam tu memang tak lepas. jadi saya tolak. 

ada juga saya dah buat temu duga untuk pekerjaan yang berkaitan dengan degree saya. belum ada kata putus lagi daripada pihak sana sebab temu duga tu pun baru dijalankan minggu lepas. satu lagi pekerjaan yang saya apply pula, baru dapat offer temu duga. setakat ni, saya rasa first interview yang related dengan degree saya tu yang macam okay dan saya berharap dapat yang tu walaupun pekerjaan tu tak menjaminkan work life balance. tapi, kita tengok lah macam mana kan. 

pada masa yang sama, saya tengah cuba upskill diri saya. tengah mencari course yang boleh bantu tambah nilai diri saya ni. sebabnya, saya ada fikir nak lompat bidang. takut pekerjaan yang berkaitan dengan degree saya ni tak dapat sustain kehidupan saya di masa yang akan datang. 

apapun, doakan saya berjaya tau korang.


No comments:

Post a Comment

say something nice!