kembali lagi saya menjejaki blog ni setelah berminggu tak menjengah. harap semuanya sihat belaka. saya di sini juga sihat saja.
yang mana ada baca entry sebelum ni, tahu lah yang saya sangat desperate nak dapat kerja. saya pun bersungguh-sungguh doa untuk dapat kerja dan juga minta ramai orang doakan. alhamdulillah, Allah dengar dan makbulkan. saya dapat kerja yang memang saya idamkan, dengan gaji basic sesuai dengan kelayakan--cukup-cukup untuk nak survive di selangor.
tapi, tak sampai seminggu saya resign. kenapa?
1) trafik
sebagai seseorang yang dah terbiasa dengan aliran trafik yang tak begitu sesak dan hidup yang santai di kedah, trafik di selangor menjadi penyumbang dalam faktor stress saya. nak pergi kerja tu okay lagi sebab saya shift pagi. jadi, tak banyak sangat kereta. tapi... masa nak balik tu. mengucap banyak-banyak la sepanjang bawa kereta tu. semenjak drive dekat selangor, saya jadi pemurah hati sangat. bagi je orang masuk lane saya especially kalau lane tu untuk merge. sebab saya faham perasaan dorang yang nak merge tapi kereta lain tak bagi. bila ada sikap egoistik dan penting diri tu la yang jadi punca simpang sana sesak. pastu ada la nanti kereta yang tak menyabar terus sambar masuk. tu yang jadi accident bagai. jadi kita bagi je. alhamdulillah bila tiba masa saya yang nak merge, orang lain pun bagi saya masuk. tak lupa bagi blink blink dekat dia sebagai ucapan terima kasih.
tapi, macam mana sekali pun. memang stress sangat bawa kereta. bila fikirkan trafik ni, rasa nervous macam mana entah. kita jadi takut. takut la sebab macam mana kalau ada orang pergi langgar kereta kita? takpun tiba-tiba kita ni yang terlanggar kereta orang? lagi parah kalau pergi langgar motor. ha ni, cakap pasal motor. paling menyirap yang ni. maaf la eh kepada sesiapa yang bawa motor tu kalau baca ni, tapi, kita dah bagi signal lebih dari 10 minit tau. dorang punya laju tu takleh bawa bincang langsung. tak bagi chance langsung untuk kita nak tukar lane ke apa ke. main selit je. kang kalau tukar juga, dia maki hamun pulak kita ni. rasa nak menangis je tau sepanjang bawa kereta time nak balik tu.
2) parking
benda yang saya sangat annoyed sekali. saya tak tau la parking dekat tempat lain pun macam ni ke apa ke, tapi parking kena bayar guna cash. dekat tempat kerja saya, ada parking luar dan dalam. yang parking dalam tu mahal gila! memang cekik darah sangat. satu hari, boleh kata nak dekat rm20 kena bayar. tapi itu saya masih okay lagi. saya pun dah dimaklumkan awal-awal yang parking dalam ni mahal. cuma, yang saya macam tak boleh nak brain tu ialah cara pembayaran dia. saya ingatkan boleh qr, rupanya kena cash. saya time tu dah panik sebab ingat tak ada cash. seingat saya, dalam dompet ada rm10 je. jadi saya try la nego dengan uncle tu boleh tak kalau cash saya bayar rm10 tapi balance lagi tu saya qr. memula uncle tu tak nak, tapi dah tengok saya desperate sangat dia setuju. bukak je dompet rupanya ada rm50 yang ayah saya bagi sehari sebelum saya bertolak ke selangor. saya pun terus bagi dekat uncle tu rm50. dalam hati bersyukur sangat-sangat atas urusan dipermudahkan oleh Allah.
lepas daripada peristiwa tu, saya try parking luar keesokan harinya. masa ni saya tak tau yang parking luar ni kena bayar juga, tapi bayar pakai apps. jadi saya biar jela. habis kerja tu tengok ada surat dekat windshield. rupanya kena saman!!! masa ni dah gabra la sebab dekat surat tu tulis kena bayar rm100. bila baca kata boleh bayar online, saya scan qr code dia. tapi jumlah dekat website tu tulis saya kena bayar rm10 je. saya pun dah konfius. balik tu tanya abang saya. dia kata maybe typo. saya malas nak fikir apa dah, saya bayar jelah jumlah yang ditulis dekat website tu. since that day, saya pahat dalam otak saya yang parking luar tu kena bayar pakai apps.
the next day lagi, saya try park kereta dekat parking lrt. situ murah juga. bayar per entry. tapi, kena cash juga. saya masa tu dah masuk, saya bayar jela guna balance cash yang ada. tapi macam menyirap sikit la sebab tak boleh qr. nasib la murah je. cuma jalan kena jauh sikit. jadi hari yang seterusnya tu saya park je dekat parking luar daripada tempat kerja saya tu sebab takyah jalan jauh. yang menjadi masalahnya ialah, kena datang awal sangat-sangat sebab cepat penuh. yelah, murah je kalau bayar pakai apps tu. tapi sangat la limited space dia. kalau parking lrt tu boleh qr, saya memang parking je situ. takyah serabut kepala nak berebut. tapi sebab dia pakai cash je, saya rasa leceh sangat.
3) public transport
tak sah kalau tak naik public transport bila duduk di negeri yang maju dari segi infrastruktur ni. benda yang bagi saya salah satu bentuk kemajuan ialah bila public transport dia berfungsi dengan baik. macam dekat selangor, public transport yang negeri lain tak ada lagi setakat ni ialah lrt dan mrt. at first, memang saya berniat nak naik je lrt memandangkan stesen lrt pun dekat dengan rumah dan juga tempat kerja. tapi, disebabkan saya shift pagi jadi saya tak boleh la nak naik lrt ke brt ke sebab semuanya start beroperasi pukul 6 dan saya kena bertolak dan ada di tempat kerja sebelum tu lagi. jadi nak taknak kena naik kenderaan sendiri la kan.
haritu, masa keluar dengan my bestie, dia tolong ajarkan macam mana nak naik lrt ni. masa tu saya rasa kagum gila, macam rusa masuk kampung. kalau orang kedah, kami panggil peghak. sebab tak biasa. tapi macam pening kepala sikit sebab kena tahu nak turun stesen mana, nak ambik line mana, nak tukar ke mana. yang nak tukar tu yang mengelirukan sikit. kena rajin bertanya. tapi sebab saya tak tahu tempat nama dan sebagainya, bestie saya la yang tolong tanyakan. sebab bila tak tahu, nak tanya pun jadi tak pasti nak tanya macam mana. memang rasa bodoh sangat la sebab tak reti baca map dia. padahal rasanya map dia sangatlah straightforward hahaha. mungkin belum biasa lagi kot kan. cuma masa peak hour tu ya Allah... HAHAHA now faham kenapa ramai orang selalu complain tentang bau. saya masa tu tengok orang berhimpit-himpit pun dah rasa lemas sangat. tu yang saya dengan my bestie skip and tunggu je train seterusnya.
4) homesick
last but not least. this. rindu dekat mak ayah tu membuak-buak rasanya. selalu overthinking nanti dapat panggilan yang mak ayah dah tak ada. mak saya pula selalu cakap yang dia hidup tak lama sebab mak ayah dia dengan adik beradik dia hidup tak sampai 70 tahun. bila saya teringat dia cakap macam tu, saya rasa macam, takpelah. maybe korbankan je my career life sekarang so that nanti tak menyesal sebab tak spend time dengan mak ayah. biar lah buat kerja biasa-biasa je dekat kedah tu asalkan ada masa untuk family. sebab manusia ni kan pinjaman sementara daripada Allah. kawan-kawan dekat penang tu pun saya belum ada kesempatan nak jumpa. padahal dari bulan 3 haritu nak sangat-sangat jumpa. tapi duit pula takde. jadi belum ada rezeki lagi. tapi mak ayah ni... saya takut menyesal. saya bongsu dalam keluarga, jadi mak ayah saya ni pun dah berusia sangat dah. umur nak menjelang 70 lagi berapa tahun je. mereka yang lain, kebanyakan mak ayah masih muda. masih bertenaga dan sihat. kiranya perjalanan tu masih jauh. sempat lagi mereka nak spend time dengan mak ayah mereka masa usia dah tua nanti. usia yang macam atok nenek tu. tapi untuk kebanyakan anak bongsu, masa mereka nak mula bina kerjaya, mak ayah dah tua dah. lutut pun sakit. nak jalan kena pakai tongkat. nak naik tangga kena ada yang tolong pegang. silap haribulan, tergelincir dekat dalam tandas macam mana pulak kan? itu yang terlintas di fikiran setiap hari masa saya dekat sana. menangis tersedu-sedan dalam bilik sorang-sorang.
mengada-ngada tak kalau saya cakap, ini sebab utama kenapa saya tak mampu nak teruskan lagi duduk jauh dari mak ayah?
bila mak ayah saya tanya kenapa nak resign, saya tak mampu nak bagitau sebab saya yang ni. saya hanya mampu cakap yang saya nak resign sebab tak tahan dengan bebanan kerja, stress duduk selangor sebab jem sentiasa. memang faktor-faktor yang lain di atas tu juga penyumbang kepada saya punya resignation. tapi yang utama sekali tu ialah yang ni. saya membesar dalam keluarga yang tak bercerita tentang isi hati. kalau bercerita tentang masalah pun, hanya sekadar on the surface. tapi bab dari hati ke hati ni tak pernah sesekali. jadi, saya tak tahu macam mana nak explain dekat dorang yang saya resign dan dah taknak duduk jauh ni sebab saya takut kehilangan kesempatan untuk luangkan masa dengan dorang. saya percaya, duit boleh dicari. tapi masa dengan mak ayah tu... bila diorang dah takde tu, at least saya tak rasa menyesal.
semua ni sebab saya terbawa-bawa dengan cerita mak ayah saya tentang penyesalan dorang. ayah saya, menyesal sebab tinggalkan tokayah di rumah orang tua selepas keluar dari hospital. masa tu tokayah panggil nama dia sayu-sayu je. tapi sebab ayah saya rushing kena pergi kerja masa tu, jadi dia terus pergi. tengah malam tu, dalam pukul 2 pagi macam tu kot, dapat panggilan yang tok ayah saya meninggal. mak saya pulak, opah saya ada ajak tidur rumah dia. tapi dia tak bagitau mak saya. dia bagitau abang saya. ni peristiwa beberapa bulan sebelum dia masuk hospital dan meninggal beberapa hari lepas tu. abang saya dia gamaknya terlupa nak bagitau mak saya, jadi masa tu kitorang terus balik dari alor setar. mak saya pernah kata, kalau dia tau opah saya ajak tidur rumah dia pada haritu, dia memang akan tidur je. tapi sebab dia taktau dan esok tu ahad, jadi kena balik sebab nak sekolah dan kerja.
jadi, saya nak minta sekali lagi kepada korang yang baca, doakan saya dapat kerja yang dekat dengan rumah mak ayah. at least saya dapat jaga dorang sementara dorang masih hidup.