28.1.26

i made a kebarung


 

minggu ni, aku ada buat kebarung. since last year teringin nak buat, tapi selalu hajat tak berkesampaian. aku fikir pola kebarung ni macam susah. lepas study sikit, lahh! senang je rupanya. lagipun, kebaya dan kebarung lain sikit. kebarung ni ialah kebaya + baju kurung. pola dia basically guna baju kurung, tapi tambah kelepet dan ada dart bahagian leher ke bahu tu. cumanya, dia optional. so terpulang nak letak ke tidak. aku, sejujurnya sangat lebih suka kebarung. aku rasa kebarung ni dia lebih sopan sebab potongan tak mengikut bentuk badan. berbeza dengan kebaya, dia ketat. memang tak dinafikan. satu lagi, kebaya tak ada pesak, manakala kebarung ada sebab baju kurung zaman dulu/tradisional ni ada pesak. pesak pulak ada beberapa jenis. macam yang aku buat ni, aku buat pesak buluh. dia ada kekek. kalau pesak pahang ke riau ke, dia bagi efek kembang. pesak buluh ni straight je. aku memang sukaaa sangat gaya tradisional ni. tambah pakai dengan elemen emas. memang naik! aku suka baju macam ni sebab dia baggy dan loose. nak bergerak pun tak rasa terhad dan tak melekap pada badan.

harapan aku dengan menggunakan kemahiran aku ada ni (yang masih perlu diasah), aku nak terus terapkan elemen melayu tradisional dalam pakaian supaya tak akan lapuk dek zaman. sehingga ke anak cucu cicit dorang boleh tahu inilah pakaian tok nenek moyang dulu kala.

apapun, kalau yang berminat baju tradisional macam ni, korang boleh usya brand gempikat dan maslea. dua brand ni antara yang aku suka sangat sebab ada elemen tradisional, terutamanya gempikat. loveee their designs so much. 

20.1.26

masa

masa mengoyak dimensi kita
tanpa izin
tanpa belas kasihan.

masa cemburu
maka kita berlumba
mengejar sesuatu
untuk memenuhi kehendak.

namun masa
sentiasa menang,
rakus
kenyang dengan kehilangan.

akan ia ragut
segalanya 
yang berharga.

harta menipis,
kesihatan yang merosot,
kelapangan yang disempitkan,
usia menua.

hingga akhirnya
ajal
berjarak satu langkah. 

jika leka, kita rugi.
jika lalai, kita ketinggalan.
jika tidak menghargai, kita menyesal.

perlumbaan ini
tidak memerdekakan
malah ia mematahkan.

melainkan kau berharta,
masa boleh dibeli
dengan keringat orang lain.

harta ditambah
melalui tapak kaki yang memijak,
rasuah yang berleluasa,
dan tubuh-tubuh miskin
dijadikan permaidani.

sakit yang melanda,
dapat kau rawati
kerana adanya pangkat dan nama,
keutamaan diberi.
yang tiada nama,
belajar erti menunggu
hingga nyawa gugur sayu.

kelapangan dibeli,
dengan harga kemalasan
goyang kaki,
beratur.
sementara di sebalik tabir,
berhempas pulas
demi memenuhi kehendak 
kau yang berduit.

wajah berkedut,
ialah peta masa yang jujur.
dapat kau padam dengan jarum,
lalu menyebut ianya genetik.

apalah gunanya semua itu
jika jiwa kekal rasa kosong?
apalah gunanya semua itu
jika kita bertemu ajal jua?

saat nyawa ditarik,
barulah kau faham,
masa kejam bukan kerana membunuh,
tetapi kerana
membiarkan kau terlupa
dan terus terleka dengan arusnya.

ketika itu,
penyesalan tiada erti
kerana masa
tidak boleh berputar kembali
hanya menjadi sebuah layar
yang bermain di minda
sebelum roh meninggalkan jasad.  

 

13.1.26

tahun lepas

Tahun lepas, aku berjaya tamatkan zaman belajar aku. Alhamdulillah. CGPA takdelah tinggi mana pun. Tapi bagi aku sudah memadai. Tahun lepas juga, aku berjaya habiskan aku punya final year project yang mana aku ingatkan mungkin aku takkan dapat harunginya. Tapi, Allah hadirkan kawan-kawan yang baik yang sentiasa bagi dorongan dan juga mak ayah yang tak putus doakan. Tahun lepas juga, aku jalani latihan industri. Benda ni lah yang paling mendebarkan untuk aku. Mulanya dapat dekat Penang, tapi disebabkan Penang tu jauh dari rumah dan kena menyewa, aku cuba usaha cari yang dekat je. Nasib baik ada sorang lecturer ni baik, dia bagitahu kawan dia dekat USM Bertam ada buka tempat untuk pelajar buat latihan industri. Aku apa lagi, terus apply. Sekali lagi, Alhamdulillah! Allah bantu. Aku dapat. Mungkin ini boleh dikatakan cable la kot kan? Sebab lecturer yang kenal hehe. Tak berbayar, tapi bagi aku pengalaman yang aku dapat Insyallah berguna sekiranya aku nak sambung Master nanti takpun kerja bahagian makmal. Aku rasa, macam-macam terjadi tahun lepas. Apa yang paling aku banggakan ialah aku berjaya jahit baju! Rasanya, tahun lepas saja, aku berjaya jahit tiga baju! Cumanya aku perlu baiki lagi la kemasan jahitan dan sebagainya. Untuk raya tahun ni, aku nak buat baju raya sendiri. Tengoklah hasilnya macam mana nanti. Harap menjadi. Apapun, doakan aku dapat kerja tahun ni. Bosan dah duduk rumah saja dan rasa serba salah jadi beban mak ayah huhu.
pustaka prometheus pustaka home home about me about me