kelakar bila teringat yang dulu aku cukup tak suka pergi kenduri sedara-mara. masa remaja boleh dikatakan aku ni anti sosial, jenis tak suka nak bergaul sangat dengan orang. pergi rumah sedara-mara pun phone di tangan. mana nak fokus dengar apa yang dorang sembangkan. bagi aku apa yang dorang sembangkan tu tak penting pun.
sekarang, bila usia dah melonjak dewasa ni aku rasa rugi sangat-sangat sebab sorang demi sorang meninggal. aku tak dapat dengar semula cerita yang dorang nak sampaikan. sayang betul! kalau lah aku diberikan kesempatan berjumpa dengan dorang sekali lagi, aku tak kisah duduk berjam-jam dengar kisah hidup dorang dari kecik sampai tua. aku nak catat dan abadikan kisah dorang dalam bentuk penulisan supaya memori tentang dorang tidak berhenti setakat generasi kami.
disebabkan itu, aku pun jadi mula rajin nak bersembang dengan sedara-mara sekarang. hasil daripada interaksi dengan dorang, aku dapat kutip beberapa maklumat. barulah aku tahu yang keluarga belah ayah aku ada keturunan banjar manakal belah mak aku ada keturunan bugis, aceh dan pattani. ternyata kami ni bukanlah melayu totok pun. lebih kepada melayu dagang. tapi, aku jadi teringin nak tahu apa penyebab nenek moyangku bermigrasi dari kalimantan dan sumatera ke perak. aku nak jugak tahu dorang pindah ni masa malaysia dah jadi tanah melayu ke? bagi aku benda ni menarik sangat-sangat sebab benda ni boleh menjelaskan banyak benda dalam kehidupan kita macam adat dan tradisi dalam keluarga dan sifat seseorang.
aku siap petakan salasilah keluarga tau! hahaha.
harapnya adalah orang yang boleh sambungkan nanti bila jasad aku dah berada enam kaki dalam tanah.
Cuya pon selalu tanya pada ibu tentang arwah aki ( atuk) sebab tak sempat jumpa.
ReplyDeleteBetullah orang dulu kahwin banyak sampai kita confuse dengan salasilah keluarga.
Dahlah keluarga besar. Lpastu bila ibu bercerita lopong mulut kita dengr hahahah
itulah kan. mesti best kalau dapat tengok gambaran salasilah keluarga tu. memang habiskan masa tengok tu saja kalau saya hehe
DeleteSalasilah keluarga yang sampai 3rd / 4th generation tu yg susah nak faham. paling tidak, kita dengar dan angguk je bila diaorang bercerita
ReplyDeletebetul tu, jadi lost track bila dengar dorang bercerita. tapi best sebab dapat imagine orangnya macam mana
DeleteCie dari remaja sampai dah tua ni terbawak2 perangai susah nak pergi kenduri orang. Kecuali saudara terdekat sangat & mereka bersungguh ajak. Introvert memang susah nak bermasyarakat.
ReplyDeletesama!! kalau saudara terdekat ni memang gagahkan diri pergi juga. sekadar tunjuk muka. kita nak bersembang boleh je, tapi lama-lama rasa penat. tu yang banyak diam je. nasib sedara mara semua jenis petah bercakap. kita tinggal tadah je telinga xD yang mana pandai bercakap tu memang buat kita pun jadi seronok mendengar
Delete