about me
namaku, tiada kerana ia adalah maklumat sulit yang harus dirahsiakan. biarlah aku dikenali sebagai promi, singkatan daripada prometheus. korang mungkin nak tahu apa benda prometheus dan kenapa aku pilih nama tu sebagai nama samaran.
pertama sekali, prometheus ni merupakan nama titan dalam mitos greek. dialah yang mencipta manusia daripada tanah. namanya pula membawa maksud 'forethought'. jika ditukarkan ke bahasa melayu, ia bererti berfikir ke hadapan. bagi aku, nama prometheus ni macam resonate dengan diri sendiri walaupun fikiran ke hadapan aku ni lebih kepada pesimistik.
hobi kegemaran? susah nak cakap sebab ada banyak. tapi, kalau nak cakap berdasarkan apa yang aku buat di masa lapang, sudah tentu lah doomscrolling, satu barah yang kian menular dalam kalangan belia zaman sekarang.
tapi, kalau nak cakap hobi yang aku buat 'kadang-kadang' aku boleh la cakap hobi aku ialah membaca, tak pun tengok cerita yang dari entah bila aku nak tengok, buat aktiviti yang melibatkan daya pemikiran yang kreatif contohnya menjahit, melukis dan menulis. see, banyak la jugak kan? tu yang tak tahu nak sebut mana satu. hehehe.
ni antara top 3 movies yang aku suka tengok. bagi aku, definisi top 3 ni movie yang kau akan tengok secara berulang kali sebab takkan rasa bosan. macam mana sekali pun, kau akan rasa cerita dia menarik dan akan ketawa.


tapiii, kalau movie berdasarkan cita rasa... tiga movie ni lah yang aku suka! kitonyo suka movie yang macam gini. character dia macam ala-ala loser sikit. LOLOL


akuuu akan sentiasa bawak barang-barang ni dalam beg. silakan tekan beg-ku kalau nak tengok!







tekan bag untuk tengok isi dalamnya!