![]() |
| Source: Pinterest |
beberapa malam yang lepas, aku ada la berbual dengan mak ayah aku. masa ni, terluah lah segala cerita yang terpendam dalam hati. memandangkan jarak umur aku dengan kakak abang sulung aku agak jauh, jadinya aku tak tahu sangat kisah dorang masa kecik-kecik. dia macam, i've only known them for 22 years of my life, itu pun most of the time dorang masuk asrama lah, masuk uni lah and then kakak aku pulak berkahwin di usia yang muda, lagi lah tak dapat kenal dan luangkan masa dengan lebih mendalam. i basically don't know much about them pun. sedih sikit bila fikirkan.
so, dalam perbualan aku dengan mak ayah aku tu... dorang ceritakan something like penyesalan dorang sebagai ibu bapa. macam kakak aku, aku masih ingat dalam dua tahun lepas dia ada cerita yang mak ayah aku selalu pukul dia masa dia masih remaja, then mak aku mentioned yang dia ada pernah terbaca kakak aku punya diari dan dalam diari dia tu ada tertulis yang dia bencikan mak ayah kitorang. aku tak tahu the full context, tapi kemungkinan kebencian tu juga terlahir daripada sikap dorang yang suka melempiaskan kemarahan kepada kakak aku. ada la aku sebut pasal ni dekat mak aku, dia balas yang dia buat macam tu sebab semua bebanan bab pengurusan anak-anak ni jatuh atas kepala dia.
"masa tu, mak sorang yang kena uruskan bab anak-anak. pastu dengan kerja lagi. kakak hang pulak kadang tu ketegaq takmau dengaq cakap. apa yang mak boleh buat? pukul sajalah."
aku tak nafikan rasa kesian dekat kakak aku, sebab pada hujung tahun 2023, kakak aku luahkan rasa yang dia rasa tak disayangi oleh sesiapa pun especially selepas bekas suami dia ceraikan dia. masa ni, ialah masa kemuncak. memang banyak pergaduhan berlaku dalam keluarga aku masa tu. kucar-kacir wei. it was indeed a traumatic time for us, dah la aku pulak masa tu dengan nak exam. memang failed satu ka dua subjek tah. so aku terpaksa re-sit for the exam balik. anyway...
masuk bab abang aku pulak, dia anak kedua. boleh dianggap sebagai anak tengah--middle child. pernah dengar kan middle child syndrome tak pun sindrom anak kedua? perangai dorang ada je yang pepelik sebab tak cukup perhatian, lebih kurang macam tu lah. i think, i can vouch for that lah. aku rasa, dalam kesemua abang dan kakak aku, yang aku rasa paling jauh ialah dia. this is just how i feel. dia rasa macam ada satu dinding tebal dan tinggi around him and rasa macam nak bergurau akan ada batas dia. tak boleh terlalu melampau bergurau. nak cakap lebih-lebih pun sama tak boleh. actually, dengan kakak aku pun lebih kurang macam tu, cuma kakak aku lebih rendah dinding dia, so tak rasa kemesraan tu terbatas. so... pasal abang aku ni, mak aku luahkan yang dia rasa macam kesalahan dia sebagai seorang ibu ialah tak berikan duit belanja walaupun abang aku tak minta. abang aku ni masa sekolah menengah dia masuk sekolah menengah sains yang berasrama. ada dapat bantuan kot rasanya? tak pasti. tapi masa masuk uni, dia lanjutkan pelajaran ke luar negara dengan bantuan MARA kalau tak silap la. so, mak aku beranggapan yang abang aku ni dia boleh lah guna duit bantuan tu untuk belanja dekat sana, itu yang tak pernah terlintas di fikiran nak transfer sikit duit buat belanja ke apa ke. mungkin, dari sinilah lahirnya rasa macam dendam (?) dalam diri abang aku terhadap mak ayah aku. entahlah. but, ada lah beberapa kali dia sentuh pasal how lucky i am yang aku ni membesar sewaktu mak ayah aku dah financially stable, takyah risau pasal hutang ptptn sebab fully sponsored by mak ayah kitorang. memang betul apa dia cakap, but it's the tone, y'know? mak aku cakap, "mungkin sebab tu lah kot dia tak pernah nak tidur kat rumah ka apa ka kan?"
but tbh, i think there's more to that. aku tak rasa itu saja sebabnya, cuma aku taknak elaborate lebih-lebih. kalau betul pun apa yang aku rasakan ni, aku faham je.
next, my second brother. aku tak ada pulak dengar sangat mak aku cakap pasal apa-apa penyesalan tentang abang aku yang sorang ni. maybe dia memenuhi standard mak aku kot. entah lah ek hahaha. apa aku boleh cakap, aku membesar dengan dia and lebih rapat. tapi rapat kitorang tu tak ada lah sampai tahap bertepuk tampar, cuma kitorang boleh la nak melawak dan sebagainya. he was the one yang ajarkan aku main game, and dulu masa dia masuk asrama, aku luangkan masa lapang baca buku-buku dia. disebabkan abang aku ni jugaklah minat aku terhadap sejarah boleh ada. dia ada buku-buku sejarah pahlawan islam macam sultan al-fateh, pastu buku pasal umar al-khatab. aku tak ingat penulis dia siapa, tapi buku-buku tu lah yang memupuk minat sejarah aku tu. thanks to him i guessss
jadi, dari semua penyesalan yang mak aku ceritakan dekat aku, aku dapat lihat yang setiap daripada kami ni membesar dari kanta yang berbeza. kakak aku membesar dengan mak ayah yang baru nak belajar macam mana nak besarkan anak, abang sulung aku pulak membesar dengan mak ayah yang kewangan dia belum stabil, abang kedua aku ni mungkin dibesarkan dengan penuh keazaman sebab diberikan pendidikan agama yang tegas dan aku pulak membesar dengan semuanya cukup, tapi... aku terpaksa berlumba dengan masa. apabila aku dah dewasa dan baru mula nak berdiri di atas kaki sendiri, mak ayah aku dah tua. umur dah 60-an. tak tahu berapa tahun lagi aku ada dengan dorang. entah sempat ke tidak dorang tengok aku berkahwin dan ada anak. ni kerja pun belum lagi.
tapi tulah, benda ni semua mak ayah aku cerita ke aku. tak pasti kalau dorang ada tak berbual pasal ni dengan kakak dan abang-abang aku. but it does make me wonder, what if... kami berkumpul di meja dan bercakap pasal ni. dari hati ke hati. dapatkah kami akhirnya faham diri masing-masing dan juga satu sama lain?
kalau lah...

No comments:
Post a Comment
say something nice!