9/23/2026

tak cihat

benda yang tak best selain takde duit ni ialah sakit. aku sekarang selesema campur batuk dengan badan rasa tak sedap. feeling under the weather omputih cakap. masalahnya, bukan setakat badan rasa tak sedap, ni datang sekali pakej kaki rasa lembik. rumah mak ayah aku ni dua tingkat dan bilik aku di tingkat atas. jadinya, bila nak turun tu memang nak kena berpaut dekat railing takpun merangkak. iya korang. merangkak! sebab kaki rasa lembik tu macam jeli. bila nak berjalan rasa terhuyung-hayang. nak kata demam, dah suruh orang rasa dahi, tapi tak rasa panas kata mak aku. entah lah. for sure aku memang rasa tak sihat. 

health is the biggest blessing for real. sebab bila tak sihat ni, rasa nak buat apa pun tak boleh. kalau paksa, takut jadi lebih teruk pulak. cumanya aku ni walaupun tak sihat, selera makan aku tetap jalan ya hehehe. apapun, aku syak ni semua sebab jerebu punya pasal. tapi boleh jadi sebab aku beberapa hari lepas duk dekat hospital jaga mak aku yang masuk wad. hospital kan banyak kuman. maybe tu puncanya jugak. apapun, korang yang baca ni jaga kesihatan dan diri jugak tauu.  

No comments:

Post a Comment

say something nice!