20 September 2026

mencintai apa yang pernah kita benci

semalam, aku akhirnya selesai membaca senaskah buku bertajuk 1984 yang ditulis oleh george orwell. buku ni boleh dikatakan agak terkenal disebabkan jalan ceritanya yang begitu relatable dengan keadaan semasa walaupun sudah berpuluh tahun berlalu semenjak buku ni diterbitkan. apa yang aku rasakan bila baca buku ni, sama macam orang lain juga, cumanya aku rasa perkara yang dialami oleh watak utama iaitu winston smith, adalah perkara yang sama macam apa aku alami sekarang. 

apa perkara yang sama tu, mungkin korang tertanya-tanya. 

well... 

aku jadi terfikir pasal dulu aku punya lah ada rasa kebencian agak mendalam terhadap ibu bapa aku sebab iya la, masa tu masih remaja, darah pulak tengah panas jadi asyik rasa nak memberontak saja. sentiasa rasa dikongkong. ibu bapa aku pulak akan cakap dorang buat semua ni untuk kebaikan diri aku jugak. bila difikirkan balik, mungkin disebabkan sikap dorang yang agak controlling tu lah aku tak pernah terjebak dalam mana-mana gejala sosial macam pergaulan bebas ke, takpun bergelumang dengan dadah atau rokok sebab dari dulu ada saja kaum wanita yang merokok. 

cumanya, aku rasa macam ibu bapa aku can do better dalam membesarkan aku dari segi percakapan. memang lah dorang tak pernah pukul, tapi kata-kata yang kesat jugak akan tinggalkan kesan yang mendalam. kata-kata dorang tu akan selamanya terpahat dalam minda dan benda tu akan menjejaskan cara kita berfikir dan secara tak langsung membentuk diri kita jugak. contohnya, mak ayah kau selalu panggil kau bodoh. bila kau alami kegagalan dalam hidup, kau akan fikir memang betul lah apa mak ayah kau cakap tu, walaupun hakikatnya benda tu boleh diperbaiki. kau akan pegang kata-kata mereka, tambah pulak orang cakap kata-kata seorang ibu itu ialah satu doa. jadi kau akan fikir yang apa mak kau katakan tu adalah satu doa yang Allah makbulkan jadi sebab tu kau asyik gagal je. faham tak apa aku cuba maksudkan dekat sini?  

jadi, bila dari kecik sampai besar perlu dengar benda-benda yang tak elok keluar dari mulut orang dewasa yang satu-satunya kau jadikan sebagai suri teladan, kau pada masa yang sama jadi benci dekat dorang sebab kau rasa kata-kata dorang tu yang buat kau jadi seorang loser, asyik gagal dalam hidup. kau tak nak salahkan diri sendiri jadi kau salahkan dorang. tapi, kau mula saksikan kejatuhan dorang. kau tengok dorang menua, asyik jatuh sakit dan adik beradik kau pulak asyik gaslight kau cakap kesian mak ayah dah tua, kalau kau keluar rumah pergi jauh-jauh siapa nak jaga? so kau dengan tak rela hati pun ikut saja apa dorang kata. lama-lama, apa yang dorang kata tu pulak mula melekat dekat diri kau. "aku kena jaga mak ayah," dan bukan setakat tu saja, trauma mak ayah kau pun melekat sekali dekat diri kau. dorang cerita dekat aku tentang penyesalan dorang semasa dorang masih menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak. Kata dorang, dorang gagal sebagai anak sebab tak luangkan masa sepenuhnya dengan mak ayah dan asyik kejar harta. now, dorang hidup dengan penyesalan tu... sekarang trauma tu beralih pulak dekat aku. aku jadi takut aku akan hidup dengan penyesalan yang sama. dah la kita tak boleh nak gali balik dorang kalau dah meninggal. kalau hidup lagi sekurangnya boleh facetime. but not when they are completely gone. jasad pun dah tinggal tulang sebab yang lain dah kena mamah dengan bumi.

sekarang, aku pun dengan rela hati pikul tanggungjawab tu. sebab aku jadi sayang mak ayah aku setelah bertahun-tahun ditanam dengan ayat dan cerita yang menyedihkan. it naturally comes to you now, dan itulah apa yang berlaku dekat winston smith. he loves big brother like how i finally say i love my parents despite all the hateful words they threw at me.  

No comments:

Post a Comment

say something nice!