12/24/2018

i did it!



aku rasa korang kena bagi tepukan untuk aku, hehe. 

kalau korang baca aku punya previous post, aku ada bagitahu yang 24 haribulan ( harini ) aku akan keluar seorang diri pergi melepak dengan diri sendiri. guess what, i did it for real. aku gementar gila sebelum nak keluar weh. macam-macam imaginasi terhasil dalam kepala otak aku. 

fuh, alhamdulillah tak ada apa-apa jadi. 

aku ikutkan nak pergi makan dekat Food Channel, cafe berdekatan mall yang aku pergi tu. tapi tutup harini so aku pergi jelah Hokkaido since duit aku pun tak banyak mana and aku ada benda lain nak beli sama.

aku pergilah Hokkaido and pilih nak tart mana. gais, serious talk, aku berpeluh teruk gila. aku tak makan apapun lagi tapi perut aku sakit tahap gaban pastu tangan aku entah kenapa tetiba nampak lain gila. lain dari biasa. dia macam bertambah kedut ( ? ) tah la aku nak explain pun tak reti. 

time nak bayar, masyallah. bergetar teruk weh tangan aku waktu nak keluarkan duit. bukan sayang duit ke apa, tapi aku nervous gila. haih. so aku pun duduk dekat dalam kedai tu sambil makan and baca e-Book dalam telefon aku. aku siap tetapkan waktu lagi bila nak keluar. 

pukul 2:10 aku cau aku naik tingkat atas. pergi popular. pergi mall tu memang tak sah kalau tak singgah. aku selalu beli buku yang harga RM 10. aku tak kisah pun even buku-buku dia nampak lama or nampak tak interesting. ada saja yang best. so aku beli lah satu buku ni, tajuk dia The Scarlet Gospels by Clive Barker. aku baru baca dalam 5 muka surat. 



lepas tu aku pun pergi la ke starbuck lepas dah purchase buku. rasa nikmat bila kau ada bahan bacaan di tangan kau dan bau buku tu, best gila. dekat starbucks aku beli frappucino java chip. aku mula-mula panik jugak la takut duit tak cukup sebab harga dia RM 15+ tak silap aku and tetiba jadi RM19. aku tak aware dengan harga dia. macam dekat hokkaido, bergetar tangan aku nak keluarkan duit sebab jadi nervous tak sangka. 

mata aku asyik twitching sebab anxious. haih. 



anyway, it does feels good to spend time alone. i really enjoy the solitude. please ignore muka aku yang barai k. and aku nak petik quote daripada Laurence Sterne. 

In solitude the mind gains strength and learns to lean upon itself.

now aku rasa aku dah belajar sesuatu. aku rasa bila keseorangan, aku boleh buat apa saja, bergerak ke mana saja tanpa arah tuju dari orang lain, aku boleh duduk selama mana aku nak dekat sesuatu tempat. dan aku rasa aku dah boleh mula depend pada diri sendiri. 

and, aku dah belajar macam mana nak manage diri sendiri. selama ni aku depend dekat orang lain saja. well, nanti bila masuk u, aku nak makan tak kan la nak kena berteman jugak kan? baik aku pergi sendiri daripada menyusahkan orang suruh makan dengan aku. 

hah, okay. tu jelah. babaii.

2 comments:

  1. betul tu, best gila dapat keluar sorang diri. rasa bebas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? dia rasa lain berbanding bila keluar ramai-ramai. sebab bila keluar ramai-ramai dia jadi macam serabut sikit, and terasa pelik pun ada hahhaha, tapi kalau sensorang, dia rasa macam lebih okay :D

      Delete

say something nice!