regrets.

19 Feb 2022

pejam celik, aku dah umur 19 tahun. blog ni aku buat masa aku tingkatan 3, tahun 2018. aku ingat lagi, aku buat blog ni sebab aku nak rant, tapi hakikatnya aku jarang aktif dekat sini dan banyak luangkan masa dekat twitter. apapun, entah kenapa aku rasa macam in denial. aku macam tak percaya umur aku dah 19 tahun. tahun depan aku dah 20. cepat gila masa berlalu. tahu-tahu ja dah jadi young adult. ngl, aku tak pernah jangkakan yang aku akan hidup sampai sekarang. aku ni boleh dikatan a bit 'emo'. aku tak tahu kalau tu perkataan yang sesuai untuk digunakan. senang cerita, aku ni macam suka ada suicidal thoughts. selalu rasa macam nak give up dengan hidup. so aku selalu fikir, maybe akan sampai masa, aku dah fed up, eventually aku akan bunuh diri. lmaoo, tengok-tengok aku masih hidup, bernafas dan sihat walafiat sampai sekarang. alhamdulillah aku dah tak fikir sangat dah pasal nak bunuh diri. masih ada that kind of thoughts, but jarang. aku lebih kepada rasa macam, kosong. eventhough aku rasa sedih sometimes, aku tak akan menangis. bukan taknak menangis, tapi tak boleh. so end up rasa kosong gila dalam diri ni. cringe kan? tapi tula apa aku rasa sekarang. maybe sebab aku sedar yang untuk nak rasa happy, kita sendiri kena berusaha untuk dapatkan kegembiraan tu. we are responsible for our own happiness. kalau kau dengan kawan kau bergaduh pasal benda kecik, kau tak boleh nak monyok atau merajuk lama-lama. kau kena hadap benda tu and beranikan diri untuk minta maaf. if dia yang initiate dulu, maksud aku, minta maaf dulu, then kau jangan merajuk lebih-lebih. eventhough kau still rasa geram or whatsoever, kau kena letak semua tu dekat belakang. why? sebab that's the only way. lama-lama, insyallah, kau takkan rasa dah sedih or merajuk tu. so yeah, itu apa yang aku pelajari lepas habis sekolah menengah. aku buat refleksi diri and aku sedar yang kebanyakkan tindakan aku tu amat tak matang dan sangat pentingkan diri. aku cuma fikir pasal emosi and perasaan diri aku ja. and now, aku slowly tengah berubah. aku taknak jadi macam tu lagi dah. 

anyway, sorry la mukadimah panjang. that's not what i want to talk about. apa aku nak cakapkan adalah, aku menyesal gila sambung matriks. aku tak tahu la kenapa, tapi aku asyik fikir, if only aku letak course law as my first choice time isi upu tahun lepas, aku mesti dah tak perlu nak hadap sains. sumpah aku cakap, aku dah rasa fed up nak menghadap subjek sains (kecuali biologi). aku bukan nak kata aku benci kimia and fizik, the truth is, i find chemistry to be a very interesting subject besides biology (i hate physics a lot), cumanya, aku tak suka cara yang aku perlu ambil untuk belajar subjek tu. aku kalau boleh taknak komplen, but my lecturer yang ajar ni buat aku jadi hilang minat terus nak belajar chemistry. aku ingat lagi, waktu nak spm tahun lepas, aku khatam satu buku rujukan kimia and alhamdulillah, daripada selalu failed kimia, aku dapat la C+ which bagi aku, satu peningkatan yang sangat besar sebab aku tak pernah nak dapat C. sekurang-kurangnya F or E. dari situ aku terus jadi berminat nak pursue pharmacy, aku daripada nak ambik law, nak ambik farmasi. tapi memandangkan upu aku tak dapat apa aku nak, so aku ambik la matrikulasi untuk tebus balik kesilapan aku tu... tapi dapat pulak lecturer yang macam ni. memang hilang terus segala motivasi dan semangat nak belajar kimia. fizik tu memang dah kelaut. aku cuma mampu go dengan biologi. but memang, aku takkan sambung course yang ada sains dah. aku isi upu haritu and aku letak undang-undang uitm sebagai first choice aku. aku doa sangat-sangat aku akan dapat law :'D ayah aku pun nak aku ambik law, so yeah. 

itu jelah, aku nak rant pun. till we meet again.

No comments:

Post a Comment