setelah sekian lama

6 Aug 2019



beb, aku tak ingat dah kali terakhir aku bukak blog aku ni. berhabuk gila. laptop? jangan cakap la. aku sampai terpaksa ambik tisu nak lap dia punya skrin apa semua. punya lama tak sentuh laptop. malas weh, srs malas. nak kata homework banyak pun tidak. study tu pun bukannya hari-hari. hahaha. gila ah. tapi tak apalah. harini aku tetiba rasa macam nak luah segala benda yang tersimpan dalam hati lepas tu aku nak cerita la sikit-sikit. hahaha.

apapun, peperiksaan pertengahan tahun dah berlalu dan alhamdulillah okay la. ada yang menurun dan ada yang menaik. macam aku, kedudukan dalam kelas dan tingkatan aku menurun padahal aku fail satu je mata pelajaran. mungkin sebab Gred Purata aku rendah berbanding orang lain, tapi tak apalah. aku akan usaha lebih lagi untuk peperiksaan akhir tahun. kali ni memang aku target nak score addmath, math, bio dan fizik. aku tak adalah target tinggi sebab takut nanti expectation tu buat aku down. just target biasa-biasa. maybe kalau boleh 50 lebih atau 60 lebih. 

aku tak nafikan aku cemburu dengan kawan-kawan aku yang dapat keputusan bagus. rasanya, perasaan tu adalah agak normal. tapi aku gembira untuk dorang pada masa yang sama. jadi gais, doakan aku supaya dapat lulus semua subjek untuk peperiksaan akhir tahun ni tauuu.

tak de lah apa sangat pun yang berlaku dalam hidup aku. aku sekarang tengah berusaha, merangkak nak perbetulkan diri aku dari segi pembelajaran, tanggapan aku terhadap kawan-kawan aku dan juga sikap aku. tapi itulah, orang kata nak buang tabiat lama ni susah jadi aku memang ambil masa gila nak berubah dari segi sikap. 

dari segi tanggapan aku terhadap kawan-kawan, kalau korang nak tahu la kan, aku ni dikelilingi orang yang bijak pandai dan aku pun rapat dengan dua orang pelajar yang bila cikgu ajar dapat tangkap laju je. aku jadi rendah diri sangat sampaikan aku malu bila nak tanya benda yang aku tak faham. aku takut dengan persepsi orang terhadap diri aku. aku takut dorang fikir "apa ke bodohnya budak ni? benda simple pun susah nak faham?" srs. korang maybe akan cakap, "fikir baik-baik. positif." tapi susah weh, walaupun hakikatnya dorang ajar aku dengan penuh kesabaran dan berhemah, aku still fikir yang dorang punya persepsi terhadap aku macam tu. 

satu lagi, pasal dorang jugak. aku bagitau kan yang kawan aku tu dua orang? dua orang budak pandai. korang bayangkan aku duduk satu baris dengan dorang (dulu) and dorang kan jenis cepat tangkap so aku ni akan terkial-kial la kalau nak dibandingkan dengan dorang and dah tentu bila buat latihan, dorang akan siap agak cepat and cikgu akan, AKAN puji dorang and aku srsly jeles and sekali lagi aku low self esteem, and dorang ni pun rapat dengan each other. walaupun aku duduk sebelah dorang dua, tapi still aku rasa dipinggirkan weh. sakit weh, lagi sakit daripada kena reject crush. 

aku banyak kali fikir, dorang tak suka aku ke? layak ke aku kawan dengan dorang? mestilah dorang tak layan aku, aku kan slow. bodoh. 

ha, sampai macam tu sekali aku fikir. alhamdulillah la aku ada kawan aku yang sentiasa dengar luahan hati aku. dia tak satu sekolah dengan aku tapi dia la yang banyak bagi aku nasihat dan pandangan. kalau dia tak ada, idk what will happen. aaaa aku sayang dia sangat! terima kasih pada Allah sebab bagi dia dekat aku. 

and now, aku dengan dorang dah terpisah sebab aku decide nak ubah tempat and they both don't seem to be upset and aku pun tak expect dorang nak rasa sedih pun sebab yelah, untuk apa dorang nak sedih and what so ever bila dorang boleh rely to each other? hahaha, aku ingat lagi time nak kena ubah tempat tu (time tu kelas kitorang nak susun balik kedudukan) aku bagitau aku taknak duduk hujung lagi dah sebab yelah, asyik kena pinggir je kan, and dia pun taknak duduk hujung jugak and diikutkan dia kena duduk sebelah aku but then kawan dia yang sorang lagi suruh dia duduk kat sebelah and laju je dia lari bawak meja duduk kat sebelah kawan dia tu. maybe bagi korang benda ni remeh-temeh, tapi aku memang terkesan gila la sebab dorang memang suka pinggirkan aku. nak pergi mana-mana, selalu pergi dua and aku ditinggalkan. always like that. kau rasa aku tak rasa lonely ke? hahaha. damn it.

tah la, kekadang aku rasa macam ada kawan ni tak berbaloi kalau at the end asyik kena tinggal je. aku tahu dorang tolong la jugak aku dalam pembelajaran at least, aku pun bersyukur yang diorang sekurangnya akan tolong aku kalau aku mintak, tapi tulah, aku anggap dorang kawan but aku tak pernah rasa aku dianggap sebagai kawan. mungkin aku je kot yang fikir lebih. hahaha. 

haih. entahlah. aku rasa macam childish pulak bila semua benda nak terasa, tersinggung perasaan. penat hidup macam ni. nak ubah pun aku tau macam mana.  


No comments:

Post a Comment