update : march 2019

19 Mar 2019




assalamualaikum guys and haiii. finally aku ada juga benda untuk diceritakan. sebenarnya agak banyak but, aku tak jumpa masa untuk nak menulis ni hahaha. maaf, maaf. 

so, bulan lepas adalah minggu bahasa dekat sekolah aku. jadi ada macam-macam aktiviti yang cikgu buat dan aku sudah semestinya lah masuk. aku tahun lepas tak adalah masuk sangat macam-macam aktiviti tapi tahun ni rasa rajin pulak. so aku masuk lah dengan kawan-kawan aku. dia kena berkumpulan; dan akhirnya kami menang. alhamdulillah. and a few weeks after that, masuk pulak minggu sains dan matematik. tak lama dulu la diikutkan. rasanya baru 2 minggu semenjak math hunt dengan reka cipta poligon(?) pun sama, dalam group. kami hasilkan rumah dan kiralah isipadu, luas apa semua. tapi, last minit lepas hantar baru perasan jalan kira salah. tapi, tak apalah. nak buat macam mana. lepas tu, seminggu sebelum exam, kelas aku dapat peluang jadi saintis muda. saintis lah sangattt. kami kena kendalikan eksperimen fizik. dapatlah juga merasa pakai kot makmal heheheh. daaannn lepas tu exam. ha, dekat sinilah yang aku nak ceritakan.

jadi, exam sebenarnya dah seminggu berlalu. nvrm lah kan, dan apa aku nak bagitahu kat sini, aku ambil 10 subjek. kimia, biologi, matematik tambahan, matematik, bm, bi, agama, fizik, sains rumah tangga/sains sukan dan sejarah. jadi, dalam sepuluh-sepuluh subjek tu, aku fail satu. aku rasa korang boleh teka dah yang mana. of course lah matematik tambahan. aku masih tak dapat paper kimia, bi dan fizik. biologi pun aku down gilanamati sebab aku baca bagai nak rak biologi, srs. dan subjek lain aku tak adalah puas hati sangat, cuma aku tau apa yang aku salah. macam matematik, aku takdelah dapat tinggi pun, setakat 58 saja. tu pun sebab banyak careless mistake bila buat soalan objektif. aku tulis jalan kira kat tepi, so bila bincang, hmmm nampak laa kat mana salah dia. bm pula aku tak skor dekat bahagian rumusan. sebabnya aku tak letak subjek dekat depan ayat bila tulis rumusan. kalau takkk, konfem boleh dah skor punya. 50 je aku dapat hanya disebabkan rumusan tu. yang bahagian lain aku okey. kemudian, agama, okey la jugak, srt alhamdulillah, 79. dan sejarah aku dpat 85. 

dekat sini aku baruuu belajar macam mana nak study untuk exam. first kena rajin, dan lepas tu kena buat ulangkaji awal-awal. macam sejarah sebagai contohnya, aku boleh skor pun sebab aku study 3/4 hari sebelum exam sejarah tu. so no wonder la aku boleh skor sejarah tu dengan baik. cuma kimia, aku tak pasti lah.

tapi tulah, aku down yang amat disebabkan addmath sebab aku bila dalam kelas macam okey je, tapi waktu exam stuck macam lori nak masuk rumah. aku rasa macam aku tak dapat cari kat mana salah aku waktu study addmath. bio pun sama, tapi mungkin sebab salah satu dia aku study last minit. apapun, macam apa mak aku kata, masih ada masa. peperiksaan pertengahan, cuba lagi. sudah tentu aku akan cuba, jadi doa doakan lah aku jugak ye. aku tak sanggup lagi dah rasa down sambil compare diri aku dengan kawan aku yang lain.

dan apa yang aku rasakan sekarang ni, aku rasa macam semua benda dalam hidup aku tak kena. dari segi pembelajaran sampailah ke diri aku. especially bab kawan lah. aku try untuk fikir positif dan cuba untuk tak anggap seseorang tu penting dalam hidup aku. tapi apa yang aku cuma rasakan, semua orang di sekeliling aku (kawan-kawan) selfish gila namati. aku rasa macam dorang ni anggap aku ni macam second option. okay, aku tahu part ni kedengaran childish but, do you know how it feels? for not being important to someone else. like, aku rasa aku totally alone walaupun kawan aku sekeliling. betullah kakak aku kata, kawan banyak pun tak berguna. but tbh aku tak rasa kawan aku banyak pun, but, still, aku rasa kosong gila. aku cuba fikir baik-baik, tapi entah kenapa aku rasa macam, apa yang dorang buat tu macam terlalu obvious sangat. bila nak pergi mana-mana, kadang-kadang aku suruh tunggu, dorang blah macam tu saja. end up kau kena jalan sorang-sorang. ya, aku tau aku ni cepat emo sangat, childish. tapi aku tak boleh nak kawan apa aku fikir, apa aku rasa. and aku benci diri aku sebab fikir benda-benda macam ni. benda macam ni lah yang buatkan aku rasa macam nak give up semua benda. maybe tak ada sesiapa mentally and physically abuse aku. tapi, aku sendiri yang abuse diri aku and aku tak rasa aku boleh berhenti.

fml, and im out. 

No comments:

Post a Comment