update, lol

14 Jan 2019



hai dan selamat malam.

untuk dua-puluh-sembilan-belas, aku rasa belum lagi aku post apa-apa? kalau belum, ni akan jadi post yang pertama. jadiiii, happy new year!! 

ya aku tahu aku terlambat, butttt whatever. hehehe.

so, alhamdulillah aku tak ada apa-apa masalah setakat ni kecuali homework terlupa nak siapkan. biasalah kan, pelajar. tapi datang sekolah terus sempat siap. walaupun aku perasan yang cikgu sekolah aku ni macam tak kisah sangat buat ke tidak, aku still akan siapkan. lagipun tahun ni tak nak buat kerja tak siap.

by the way, post sebelum ni aku ada bagitahu aku dapat kelas sains tulen. firstly, aku terfikir macam nak tukar bila tengok cikgu dia macam garang. tapi dah lama tu, rupanya sporting habis, cuma aku amat berhati-hati dengan cikgu bahasa melayu. lain macam garang dia tu. tak adalah garang tapi tegas, katanya lah. tapi, overall okey je. anndd, aku tak jadi tukar kelas hehe. 

dan, tahun ni buat pertama kalinya ada pelajar baru dalam kelas kitorang. sebelum ni mana nak ada pelajar baru masuk. kalau ada pun, mesti yang aku kenal ( sebab dulu satu sekolah waktu sekolah rendah. ) aku tahu aku tak ada hak untuk judge, tapi aku tak berapa nak suka sangat lah pelajar baru tu. dia lelaki by the way and dia ni jenis social butterfly and he creeped me out by the way he being too social. aku jadi awkward bila dia cakap dengan aku.

srs, aku rasa awkward. 

untuk tahun ni jugak, benda paling aku rasa macam tak sabar, hari sukan dan balapan. haritu, 12 hb januari kitorang merentas desa. tahun ni, adalah tahun kedua aku datang untuk merentas desa sebab sebelum ni aku ada hal. aku last datang waktu tingkatan satu, after that aku tak datang dah. so tahun ni aku decide nak datang and nak aktif dalam kokurikulum sebab aku nak try boost aku punya confident. setiap tahun mesti ada perjumpaan rumah sukan. sooo aku nak datang setiap minggu! sebelum ni, dua tiga kali je datang. aku tahu aku ni teruk. hehe. apapun, alhamdulillah kehadiran aku tahun ni untuk merentas desa tak sia-sia sebab rumah sukan aku dapat johan.

oh dan, kaki aku sakit yang amat. 

1 comment: