new year

31 Dec 2018



esok dah masuk tahun baru iaitu tahun 2019. aku pulak, esok dah umur 16 tahun. cepat betul masa berlalu. pejam celik pejam celik, dah nak spm. hmmm. 

apapun, tak ada banyak sangat yang aku lalui pada tahun ni. tak ada la memori yang bahagia sangat kecuali pengajaran tentang kehidupan untuk aku. tapi aku hargai setiap saat dan masa waktu kawan-kawan aku ada dengan aku. aku hargai momen tu semua walaupun tak istimewa manapun. 

untuk tahun 2019 dah tentu aku ada resolution/azam aku. antaranya sudah tentu aku nak kurus. siapa saja lah yang tak tetap azam dorang nak kurus? hahaha, tak apa. kita tengok dulu macam mana. 

selain dari kurus, aku nak jadi rajin. aku nak rajin study. setiap kali balik rumah, aku try baca balik apa yang cikgu ajar bagi faham baru buat kerja sekolah. aku nak pastikan aku boleh dapat result bagus dan aku nak banyakkan A's aku. aku nak buktikan dekat mak ayah aku yang aku boleh buat apa yang dorang sangkakan aku tak boleh. dan aku juga nak buktikan dekat kakak dan abang-abang aku yang aku boleh hadap subjek addmath sebab dorang macam tak konfiden bila aku bagitahu aku dapat kelas sains. 

doakan aku! :)

selain tu, aku nak belajar bahasa perancis dan jerman sampai bagi fasih. so, boleh la aku proceed bahasa russia pulak. agak susah jugak la bagi aku untuk belajar tanpa ada bimibingan guru. tapi, tak apa. even bahasa inggeris pun aku banyak usaha sendiri dan aku boleh, so mesti aku boleh bahasa lain jugak kan? 

satu lagi, aku noticed yang aku ni lack of disiplin. so aku nak baiki kat situ. 

so yeah, tu sajalah aku punya azam. harapnya tercapai la. kalau aku tak boleh kurus, at least gred aku naik pun cukup lah, bagi aku. 

korang punya pulak amacam? 


No comments:

Post a Comment